Mencari Redha

Wednesday, September 20, 2006

Nota buat si isteri



Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.

Janji yang termeterai di musim yang lalu.
Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur.

Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: Rupanya kebahagiaan rumah tangga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri ku sayang…
Tidak abang tagihkan setiamu, sesetia Hawa kepada Adam.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.

Cuma terimalah kehadiranku seadanya
di sudut tersuci di dalam hatimu...
sebagai seorang isteri sejujur hati.

(Copy paste from friend's blog)

2 Comments:

  • Salam... Salam buat isteri biasanya dikarng oleh sang suami yang berjauhan..

    By Anonymous Anonymous, at 4:41 PM  

  • begitula mirul, terpaksa berkorban. Harapnya sekejap waktu sahaja. Thanks for dropping by. Selamat berpuasa di ukraine.

    By Blogger Che' Lat, at 1:24 PM  

Post a Comment

<< Home


 
Free Web Counters
Site Counter