Mencari Redha

Monday, October 09, 2006

Beginilah akhirnya kesudahan kita semua...

Farshy Turab



Beginilah akhirnya kesudahan kita semua...

Bertilamkan tanah-tanah

Berbantalkan ketulan batu-batu

Diselaputi debu-debu

Dikelingi kegelapan

Atas bawah kiri dan kanan



Ijazah, sijil, PhD yang dikejar dulu sudah tiada berguna.

Anak isteri hanya perhiasan dunia belaka

Harta benda wang ringgit semua menjadi pesaka

Ditinggalkan



Yang bersama hanyalah amalan ketaqwaan

Sedekah jariah

Ilmu bermanfaat

Doa anak..



Beruntunglah orang yang menyucikan hatinya

Menemui Allah dengan hati yang sihat sejahtera



Benarlah Sabda Junjugan Mulia

Perbanyakkanlah mengingati mati kerana ia mematikan kelazatan dunia



Ya Allah, matikanlah kami semua

dengan sebaik-baik kematian

Menemui Mu dalam keadaan engkau Redha menemui kami

Dan kami redha menemui MU!

Amin.

(JazakalLah buat yang dikasihi Ust. Nik Roskiman: www.roskiman.com)

1 Comments:

  • Menginsafkan. Terima kasih atas blog saudara yang cukup baik ini. Moga-moga saudara akan terus menulis mengingatkan insan-insan seperti saya yang sering leka dengan dunia yang sementara ini. ~abu ammar@sufiedinburgh.

    By Anonymous Anonymous, at 8:06 PM  

Post a Comment

<< Home


 
Free Web Counters
Site Counter