Mencari Redha

Saturday, February 10, 2007

Saya terjumpa ini dari blog sahabat. Sangat menarik dan ingin sekali dikongsi bersama...


A Muslim should cry:

I’m sorry for the mistakes I make.

And, I know of none that can be retrieved.

They're like the water over a dam.

To flow back, it cannot be achieved.

There are things I wish I had never said.

Now, I wish that I had bit my tongue instead.

To make another feel that pain,

For those thoughtless words, I am disdain.


Semoga kita sentiasa menjaga lidah agar tidak melukai perasaan saudara kita. Lidah itu lebih tajam dari pedang, lebih berbisa dari racun. Hidup manusia mampu dimusnah dek lidah yang tidak bertulang. Elok kita sentiasa menceritakan kebaikan orang dan menyembunyikan keburukan. Kalau ada 99 keburukan seseorang dan hanya satu kebaikan, kita harus lihat dan raikan kebaikan tersebut. Kalau kita ada 99 kebaikan dan satu keburukan, wajib kita sentiasa lihat keburukan diri kita, dan berazam untuk mengubah ke arah kebaikan.

Sekiranya kita terasa melakukan kesilapan terhadap manusia, eloklah disegerakan memohon maaf, kerana kita tidak tahu masih adakah peluang kalau kita bertangguh. Perkara taubat dan mohon maaf adalah antara perkara yang patut disegerakan.


WaLlahua'lam.

2 Comments:

  • emmm...adakah segumpal bait-bait terakhir dari kalimah saudara ditujukan kepada insan tertentu...sekadar menduga..bukan apa, bak kata orang..selalunya pena yg menari..jika beremosi ianya lahir dari hati..yg mana ia tidak mampu dilontarkan dgn kata-kata dan tak mampu dipendam oleh hati yg terluka...

    By Anonymous Anonymous, at 10:22 PM  

  • Kata org Perancis, si tu croix en toi...

    Tapi, kalau ada org tersilap dgn kita, alangkah baiknya kalau kita maafkan tanpa perlu mereka memohon maaf. Lagi elok kalau kita doakan mereka, sejahtera dunia akhirat....

    By Anonymous Anonymous, at 4:06 PM  

Post a Comment

<< Home


 
Free Web Counters
Site Counter